Sunday, June 16, 2019

WATAK DIDALAM KELAS


Dalam banyak-banyak tajuk dalam blog ini, tajuk ini lah yang paling saya tak sabar nak buat. Sebab saya sudah lama perhatikan seseorang ini. Namun begitu, sebelum saya memulakan cerita, eloklah saya mulakan dahulu dengan Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah KPS2014 Pengurusan Pembelajaran bagi kumpulan N.

Semasa semester 2 bermula, cik Izazol merupakan pensyarah pertama yang kami jumpa, memandangkan kelasnya pun hari isnin dan subjek sebelumnya ialah subjek fakulti (sebabtu selalu lambat setiap kali kelas). Pada mulanya agak takut kerana gelarannya sebagai Dr (sebab kebanyakkan pensyarah yang bergelar Dr ini, garang dan strict dalam pemberian markah). Tetapi apabila mendengar cerita daripada senior bahawa Cik Izazol baik, jadi walaupun kelas hari isnin padat sampai pukul 5 dan kelas KPS2014 pukul 5-7, tetap sanggup sebab nak masuk group ini ! hahaha jadi betullah apa kata senior kerana sepanjang kelas dari awal semester hingga hujung semester, tiada satu kuliah pun yang tidak gelak. Cik Izazol juga seorang yang banyak menolong anak muridnya dalam pelbagai bidang dan cara serta beliau juga selalu berkongsi pelbagai cerita. Thank you cik !

Berkaitan watak di dalam kelas pula, secara jujurnya saya tidaklah mengenali individu ini secara personal atau berpeluang untuk mengenali lebih dekat, apatah lagi mengetahui wataknya didalam kelas, tetapi saya ingin juga berkongsi cerita ini kerana ini merupakan pengalaman pertama saya merasainya hahaha

Pada awal semester, saya melihat senarai nama kehadiran dalam kuliah tersebut dan tertarik kepada satu nama ini iaitu Muhammad Amirulhaziq. Saya tertarik kepada nama tersebut kerana nama tersebut sama dengan seseorang yang special hahaha. Saya sudah lama menantikan individu ini untuk muncul pada setiap kali pembentangan sebab nak tengok siapakah gerangan si pemilik nama ini. 

Tetapi betullah apa yang mereka katakan, “penantian itu satu penyiksaan”. Minggu demi minggu, kuliah demi kuliah, pembentangan demi pembentangan, kelas batal berulang-ulang, namun tidak muncul jua gerangan ini. Saya juga berharap agar Cik Izazol menyebut namanya didalam kelas supaya lebih memudahkan usaha untuk mencari gerangan ini, namun amatlah mendukacitakan apabila nama-nama yang sama yang diseru pada setiap kali kuliah. Contohnya, bang bil ?? 

Akhirnya, berkat usaha menanam kesabaran telah membuahkan hasil juga apabila sebuah kumpulan membentangkan dan bergilir-gilir memperkenalkan diri setiap ahli kumpulan. Tiba-tiba, “Assalamualaikum, nama saya Mohammad Amirulhaziq …”, terasa seperti panahan tepat ke dada ... dunia ibarat terhenti seketika .. 

 AWAK TAHU TAK SAYA DAH LAMA CARI AWAK TAUU.


Sepanjang pembentangan tersebut, saya asyik memerhatikannya dan suatu perasaan pelik dapat dirasai. Kenapa saya berdebar ? Apakah tujuan debaran ini ? jeng jeng jeng …

Saya berharap Cik Izazol dapat menerima cerita saya tentang seorang watak di dalam kelas, walaupun saya tidak dapat merungkai lebih banyak wataknya di dalam kelas (sebab tak jumpa-jumpa dia ni), tapi tetap saya nak bercerita tentangnya heheh

Kepada en Amirulhaziq dari fakulti dirahsiakan, saya cari awak sebab suka nama awak je hee. Okay tu je nak cakap hahaha. Semoga kita berjumpa dalam kelas pendidikan yang lain eceh

p/s: Drama kan cerita ni ? hihi thank youu






TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


PENDAHULUAN

Selain mengajar, pengurus juga merupakan salah satu peranan bagi seorang guru. Antara tugas mengurus adalah menguruskan bilik darjah, menguruskan pelajar agar mereka menjalankan rutin menjaga kebersihan kelas, menguruskan bahan bantuan mengajar dan sebagainya.

Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua pihak dalam mencapai matlamat sebuah kumpulan (Haji Samsudin). Selain itu, alam pembelajaran pula ditakrif sebagai suasana atau keadaan belajar yang dapat merangsang minat belajar untuk mecapai matlamat perubahan tingkah laku kearah lebih positif (Lee Shok Mee, 1993)

ISI PENTING

Guru perlu menyediakan persediaan yang rapi sebelum mengajar. Ilmu, kaedah penyampaian, bahan yang akan digunakan, ruang dan persediaan untuk mengajar adalah merupakan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum masuk kedalam kelas.

Setiap guru perlulah mempunyai buku rekod mengajar untuk merekod pada setiap kali sebelum menjalankan aktiviti di dalam kelas. Buku rekod mengajar ini juga turut digunakan untuk merekod masalah atau kebaikan yang telah terlaksana di dalam kelas,

Semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran mestilah mempunyai 3 perkara penting iaitu set induksi, penyampaian isi dan penutup. Bagi set induksi, guru perlu merancang perlu tahu bagaimana untuk memulakan P&P dengan menarik perhatian dan minat pelajar. Bagi penyampaian isi pula, guru perlu merancang turutan pengajaran dengan menyusun dengan baik bersama anggaran masa yang sesuai. Akhir sekali, penutp boleh dirumuskan sebagai rumusan atau kesimpulan. Guru memberi kesimpulan untuk apa yang telah dipelajari daripada saat kelas bermula

PENUTUP

Pengurusan alam pembelajaran meliputi tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh para guru agar minat para pelajar dapat ditangkap dengan mudah. Seterusnya, segala pemindahan maklumat dapat dijalankan dengam lancar dan percapaian para pelajar dapat ditingkatkan

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN




Artikal penuh di : https://www.moe.gov.my/index.php/menumedia/media-cetak/keratan-akhbar/2671-keselamatan-murid-jadi-keutamaan-berita-harian-18-oktober-2016


Diatas menunjukkan artikal akhbar Berita Harian online bertarikhkan 18 Oktober 2016 yang bertajuk “Keselamatan Murid Jadi Keutamaan”. Tajuk artikal akhbar Berita Harian ini amat berkaitan dengan tajuk ke13 dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Sekolah Dan Persekitaran



PENGENALAN

Sekolah boleh didefinisikan sebagai pusat penyebaran maklumat serta ilmu pengetahuan. Sekolah juga merupakan institusi yang memberikan pendidikan yang formal dan informal kepada pelajar. Pesekitran pula membawa maksud kawasan disekeliling sesuatu tempat. Dengan adanya suasana sekolah yang harmoni dan persekitaran yang baik akan mempengaruhi keberkesanan sekolah tersebut.

Persekitaran fizikal

  • Reka bentuk dan susunan fizikal
  • Sumber bahan untuk pembelajaran
  • Pengaliran cahaya
  • Ruang dan sudut pembelajran
  • Perabot
  • Kebersihan
  • Keselamatan


Persekitaran psikososial

  • Suasana sekolah yang selesa
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif
  • Bebas daripada bahaya dan kemalangan fizikal
  • Kebersihan sekolah ditahap yang baik


Ciri-ciri kelas yang kondusif

  • Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan berkesan
  • Pelajar memahami apa yang disampainkan oleh guru
  • Perasaan kasih sayang timbul didalam diri pelajar dan guru sebagai sebuah keluarga yang bahagia


Hubungan sekolah dengan masyarakat

  • Sekolah merupakan satu sistem sebagai agen yang membawa perubahan kepada masyarakat dan persekitaran
  • Sekolah memberi peluang kepada generasi muda untuk mendapat pendidikan dan hak sama rata
  • Sekolah mementingkan perkembangan dan tingkah laku pelajar


Peranan sekolah kepada masyarakat

  • Pendidikan merupakan satu proses membentuk manusia untuk berfikir secara kreatif dan kritis
  • Sekolah memainkan peranan untuk mencurahkan ilmu dengan dengan mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang sesuai dengan persekitaran masyarakat.

Cabaran yang dihadapi

  • Keperluan sekolah tidak mencukupi untuk semua pelajar
  • Buku kerja tambahan kepada pelajar dianggap beban kepada ibu bapa
  • Ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah apabila anak-anak mereka terlibat dalam gejala sosial
  • Ibu bapa bersikaptidak professional dengan mengambil tindakan jika pihak sekolah memberi tindakan disiplin kepada anak mereka


 KESIMPULAN

Hubungan yang baik antara pihak sekolah, masyarakat, ibu bapa dapat membantu sekolah utnuk mencapai matlamat sekolah dalam memberi pendidikan terbaik kepada pelajar.

TAJUK 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA

Artikel penuh di : https://www.sinarharian.com.my/article/7856/BERITA/Nasional/KPM-akan-tambah-guru-pendidikan-khas

Diatas menunjukkan artikal akhbar Sinar Harian online bertarikhkan 16 Januari 2019 yang bertajuk “KPM Akan Tambah Guru Berpendidikan Khas”. Tajuk artikal akhbar Berita Harian ini amat berkaitan dengan tajuk ke 12 dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Pendidikan Pelbagai Udaya

Pengurusan murid pelbagai upaya adalah menfokuskan kepada murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas merupakan program yang dirancang agar keperluan pelajar khas ini dapat dipenuhi. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan khas ini haruslah bersesuaian dengan pelajar khas. Sebagai contoh, peralatan yang digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi menarik minat pelajar khas ini.

Pelajar Bermasalah Pembelajaran ( Berkeperluan Khas)

Bermasalah pembelajaran boleh didefinisikan sebagai pelajar yang mempunyai kesukaran atau mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Pelajar ini terdiri daripada golongan yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan masalah ini boleh dikategorika mengikut tahap kefungsian:

  •      Kebolehan kognitif
  •          Kebolehan menguasai bahasa lisan atau bertutur
  •          Kebolehan menguasai bacaan
  •         Kemahiran matematik


Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaan (KKBP)

Didefinisikan sebagai kanak-kanak yang telah diperakui oleh pakat peruabatan bahawa mereka merupakan kanak-kanak berkeperluan khas (Kementerian Pendidikan Malaysia – 2013).

Penempatan pelajar berkeperluan khas

1.    Kelas perdana

Kelas perdana atau bilik darjah biasa merupakan salah satu tempat yang boleh ditempatkan untuk pelajar berkeperluan khas. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti kerana pelajar berkeperluan khas dan pelajar biasa ditempatkan di dalam kelas yang sama. Kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap juga amatlah diperlukan. Guru biasa dan guru pendidikan khas akan bekerjasama untuk mengedalikan kelas serta berkongsi tanggungjawab semasa mengajar.

2.    Bilik sumber

Pelajar bermasalah boleh jadikan bilik sumber sebagai tempat ubtuk mendapat perkhidmatan dan kemudahan bagi lebih membantu dalam proses pembelajaran. Guru bilik sumber merupakan individu yang dapat membina pengajaran individu serta dapat berkerjasama dengan ibu bapa dan keluarga.

3.    Bilik darjah berasingan

Pelajar akan dikumpulkan mengikut jenis kategori ketidakupayaan masing-masing. Pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran, kerencatan mental dan penghidap gangguan emosi akan ditempatka ndi dalam satu kelas.

Kelas berasingan dapat memberi beberapa kelebihan kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Ini kerana persaingan yang wujud dalam kelas perdana mempunyai banyak kriteria yang mungkin tidak dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran ini. kelas berasingan juga akan memberikan pengajaran yang lebih tertumpu bagi meningkatkan kemajuan dalam diri pelajar.


TAJUK 11: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

Budaya boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri atau tingkahlaku yang telah dipelajari oleh sekelumpok manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya juga merupakan keseluruhan yang kompleks yang terkandung kepercayaan, ilmu pengetahuan,kesenian, moral, adat, undang-undang dan sebarang bentuk keupayaan yang telah diperoleh oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871)

Bagi pelbagai budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu sistem tingkah laku dan kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat,mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya.

Pendidikan pelbagai budaya dikategorikan dari tiga aspek iaitu :

  • Dari aspek konsep

Semua pelajar akan mendapat hak yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa membezakan pelajar dari segi jantina, agama dan kriteria lain.

  • Dari aspek gerakan

Sistem ini merupakan satu usaha mengubah institusi pendidikan untuk meletakkan pelajar dari pebagai kaum, agama mendapat peluang yang sama untuk belajar.

  • Dari aspek proses

Merupakan proses utnuk mencapai objektif agar semua pelajar mendapat hak yang sama dalam pendidikan

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru:

  • Guru adalah bertanggungjawab untuk pupukkan perpaduan dalam kalangan pelajarnya.

Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang kepelbagaian budaya untuk menerapkan unsur-unsur budaya kepada pelajar. Dengan ini, pelajar akan dapat mengenali lebih mendalam tentang budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai seperti menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam setiap diri pelajar.
  •      Guru akan lebih bersedia untuk menerima pelajar dari pelbagai budaya

Dengan ini, tidak akan aada sifat prejudis terhadap diri murid dan guru akan lebih menghormati nilai sesama proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Ciri- ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya

  •      Guru tidak boleh beratkan sebelah pihak sahaja dan haruslah berfikiran terbuka.
  •     Guru mestilah beranggapan bahawa dengan adanya kepelbagaian budaya ini akan memberi manfaat kepada mereka,


KESIMPULAN

Dengan adanya pengurusan pendidikan pelbagai budaya ini, usaha Malaysia untuk menjadikan Negara yang mempunyai perpaduan kaum dapat dicapai. Semoga Negara akan mempunyai sistem pendidikan yang adil dan saksama dan akan dipandang tinggi oleh pihak antarabangsa.

Friday, June 14, 2019

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID



Diatas menunjukkan artikal akhbar Berita Harian online bertarikhkan 12 Oktober 2016 yang bertajuk “Kaunseling Bantu Pelajar Kurangkan Tekanan”. Tajuk artikal akhbar Berita Harian ini amat berkaitan dengan tajuk kesepuluh dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Penasihatan Murid

Kaunselor merupakan satu jawatan khas yang telah diwujudkan oleh pihak sekolah bagi sekolah menengah dan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan imbingan dan kaunseling kepada pelajar yang menghadapi masalah dan memerlukan bimbingan serta perhatian. Perkhidmatan ini merupakan aktiviti yang tersusun dan juga berperanan untuk menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunsling dengan disokong oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

PERANAN

Peranan mestilah berlandaskan pengetahuan tentang bimbingan dan kaunseling agar masalah di sekolah dapat ditangani dan fungsi bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat dihidupkan dengan jaya. Berikut merupakan antara tanggungjawab professional yang perlu digalas oleh soerang kaunselor tang telah digariskan oleh American School Counselor Association (ASCA)

  •      Membantu pelajar untuk memahami lebih lagi tentang dirinya seperti sikap, minat, bakat, kebolehan serta peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri.
  •          Membantu pelajar untuk bertingkahlaku sesuai dengan sikap, minat, bakat, kebolehan serta peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri
  •      Membantu kakitangan sekolah dengan memberi maklumat tambahan serta bantuan rundingan agar dapat membantu untuk lebih memahami tentang pelajar
  •          Membantu ibu bapa untuk lebih memahami dan mengetahui kemajuan perkembangan anaknya serta keperluan-keperluan dan peluang lain sekelilingnya adalah untuk memberi sumbangan kepada perkembangan mereka.
  •       Membuat intepretasi kepada masyarakat tentang betapa pentingnya bertimbangrasa untuk individu dan berikan sumbangan kepada program kaunseling di sekolah.


Bilik bimbingan dan kaunseling

Keberkesanan sesuatu kaunseling itu bergantung dengan keadaan dan tempat kaunseling dijalankan. Ini kerana sesi kaunseling tidak boleh dibuat di merata tempat dalam sekolah seperti di padang, kantin, bawah pondok mahupun bilik guru. Kaunselor mestilah menyediakan satu bilik khas yang sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling agar kaunselor dapat menjalankan tugas sebagai guru bimbingan dengan berkesan. Jika masih tiada bilik khas yang sesuai, kaunselor perlulah berbincang dengan pihak pentadbir agar dapat menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut

 KESIMPULAN

Peranan seorang kaunselor disekolah amatlah besar, memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan jika mendapat sokongan dari pihak sekolah untuk mengemukakan cadangan yang sesuai dengan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah.




TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Artikel penuh di : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/04/550383/program-myc2c-didik-pelajar-fahami-undang-undang

Keratan akhbar Berita Harian Online bertarikhkan 8 April 2019 yang bertajuk “Program MYC2C Didik Pelajar Fahami Undang-Undang”. Tajuk keratan akhbar Berita Harian Online ini amat berkaitan dengan tajuk kesembilan dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Tingkahlaku Dan Disiplin

Program MYC2C merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan menjadikan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran dalam menjayakan program ini. program ini akan dapat memudahkan pelajar mempelajari ilmu yang berkaitan undang-undang dalam kalangan pelajar termasuklah mengenai intipati undang-undang Negara.

Bagi saya program ini sangat baik untuk dilaksanakan dalam usaha menyedarkan golongan muda di peringkat sekolah menengah tentang undang-undang Negara dan sedikit sebanyak dapat mendedahkan dan memberi persediaan kepada pelajar sekolah menengah apabila mereka tamat belajar kelak. Usaha ini juga dapat membantu dalam usaha mengurangkan kadar menyalahi undang-undang dikalangan pelajar.

“Biasanya sistem perundangan diajar di fakulti perundangan dan ia agak lambat. Jika diajar di bangku sekolah lagi, generasi muda akan lebih mengetahui sistem penghakiman Negara,” kata Ketua Hakim Negara Richard Malanjum.

Contoh kesalahan yang dapat dikurangkan yang berkaitan undang-undang dan pelajar adalah penggunaan dadah dan buli di peringkat sekolah. MYC2C meliputi 3 aspek utama iaitu lawatan ke mahkamah, hakim ke sekolah dan peguam muda. Cara seperti ini akan dapat menarik minat elajar dan dapat mendekati pelajar lebih mudah. Selain itu, cara ini juga dapat pelajar dapat merasai sendiri suasana di dalam mahkamah disamping hakim sendiri akan menceritakan dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

KESIMPULAN

Bagi saya, pelajar seharusnya menggunakan peluang yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah untuk menguasai pengetahuan tentang perundangan ini. Saya melihat bahawa dapat membantu Negara dalam mengurangkan kadar menyalahi undang-undang di dalam kalangan rakyat kerana pada masa depan mereka inilah yang akan membimbing Negara dalam mematuhi undang-undang yang betul dalam setiap laku kerana sudah didik sejak dari bangku sekolah lagi.