Tuesday, June 11, 2019

TAJUK 3: KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENGENALAN

Menurut Stoner (1984), pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha semua alhi organisasi dan menggunakan sumber lain untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan. Menurut Robbins (1984) pula ianya merupakan satu proses untuk mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. Seterusnya, menurut Shukur (1988), pengurusan merangkumi bagaimana sumber-sumber seperti manusia, kewangan dan alat-alat digunakan untuk mencapai matlamat organisasi.


Kepentingan pengurusan
  • Guru dapat menambahkan produktiti
  • Dapat meningkatkan mutu amalan kerja bagi guru
  • Dapat menambah ilmu pengetahuan


Peranan guru sebagai pengurusan bilik darjah

Untuk mengurus bilik darjah, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan oleh guru seperti merancang. Mengelola, mengawal serta mengarah.

Merancang
  •         merancang aktiviti didalam kelas
  •      merancang kaedah pengajaran yang akan digunakan,
  •          merancang bahan bantuan mengajar,
  •          merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Mengelola
  •          Mengurus aktiviti murid
  •          Mengurus keadaan bilik darjah
  •          Mengurus alat bantuan mengajar
  •          Mengurus disiplin di dalam bilik darjah
  •          Mengurus aktiviti bilik darjah

Mengawal
  •          Mengawal disiplin pelajar
  •          Mengawal aktiviti berkumpulan
  •          Memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa gangguan
  •          Mengawal keadaan kelas

Mengarah
  •          Mengarah pelajar menyiapkan tugasan
  •          Mengarah pelajar mematuhi peraturan bilik darjah
  •          Mengarah pelajar menjaga disiplin
  •          Mengarah pelajar menjaga kebersihan kelas
  •          Mengarah pelajar untuk mendengar arahan


Persediaan rancangan kerja
  • Perlu membuat perancangan sebelum mengajar iaitu Rancangan Pembelajaran      Harian (RPH)
  •          Perancangan perlulah mempunyai objektif, kaedah dan teknik
  •          Penyediaan jadual dan buku rekod
  •          Penyediaan bahan-bahan untuk digunakan di dalam kelas
  •          Penyediaan alat bantuan mengajar yang sesuai


No comments:

Post a Comment