Friday, June 14, 2019

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Artikel penuh di : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/04/550383/program-myc2c-didik-pelajar-fahami-undang-undang

Keratan akhbar Berita Harian Online bertarikhkan 8 April 2019 yang bertajuk “Program MYC2C Didik Pelajar Fahami Undang-Undang”. Tajuk keratan akhbar Berita Harian Online ini amat berkaitan dengan tajuk kesembilan dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Tingkahlaku Dan Disiplin

Program MYC2C merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan menjadikan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran dalam menjayakan program ini. program ini akan dapat memudahkan pelajar mempelajari ilmu yang berkaitan undang-undang dalam kalangan pelajar termasuklah mengenai intipati undang-undang Negara.

Bagi saya program ini sangat baik untuk dilaksanakan dalam usaha menyedarkan golongan muda di peringkat sekolah menengah tentang undang-undang Negara dan sedikit sebanyak dapat mendedahkan dan memberi persediaan kepada pelajar sekolah menengah apabila mereka tamat belajar kelak. Usaha ini juga dapat membantu dalam usaha mengurangkan kadar menyalahi undang-undang dikalangan pelajar.

“Biasanya sistem perundangan diajar di fakulti perundangan dan ia agak lambat. Jika diajar di bangku sekolah lagi, generasi muda akan lebih mengetahui sistem penghakiman Negara,” kata Ketua Hakim Negara Richard Malanjum.

Contoh kesalahan yang dapat dikurangkan yang berkaitan undang-undang dan pelajar adalah penggunaan dadah dan buli di peringkat sekolah. MYC2C meliputi 3 aspek utama iaitu lawatan ke mahkamah, hakim ke sekolah dan peguam muda. Cara seperti ini akan dapat menarik minat elajar dan dapat mendekati pelajar lebih mudah. Selain itu, cara ini juga dapat pelajar dapat merasai sendiri suasana di dalam mahkamah disamping hakim sendiri akan menceritakan dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

KESIMPULAN

Bagi saya, pelajar seharusnya menggunakan peluang yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah untuk menguasai pengetahuan tentang perundangan ini. Saya melihat bahawa dapat membantu Negara dalam mengurangkan kadar menyalahi undang-undang di dalam kalangan rakyat kerana pada masa depan mereka inilah yang akan membimbing Negara dalam mematuhi undang-undang yang betul dalam setiap laku kerana sudah didik sejak dari bangku sekolah lagi.
            

No comments:

Post a Comment