PENGENALAN
Interaksi merupakan
satu tindakan atau perhubungan aktid di antara satu sama lain atau tindak balas
antara dua atau beberapa pihak. Pembelajaran pula menurut Murphy dan Alexender
pada tahun 2006, pembelajaran membawa maksud proses seorang pelajar untuk memperoleh
sesuatu kefahaman dan mengubah kefahaman atau konsep tersebut. Pembelajaran
juga boleh membawa maksud perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan tabiat
dan kemahiran, serta pembentukan kepercayaan dan sikap. Proses ini digelar
pembelajaran sepanjang hayat yang bermula dari kelahiran.
Jenis-jenis
interaksi dalam pembelajaran
·
Komunikasi satu hala
Sebagai contoh,
seorang guru mengajar di dalam kelas dan pelajar sebagai pendengar. Pelajar
menerima apa sahaja arahan atau penerangan yang diberikan oleh guru tanpa
sebarang bantahan. Ini kerana, bagi komunikasi satu hala ianya merupakan
pendekatan jenis autoraian di mana pelajar tidak berpeluang untuk berinteraksi
dengan pelajar lain sekaligus membantutkan perkembangan pelajar.
·
Komunikasi dua hala
Di dalam kelas,
komunikasi dua hala terjadi apabila guru menanyakan soalan kepada murid dan
murid memberikan jawapan ataupun sebaliknya. Guru boleh mendorong pelajar
secara aktif dengan cara menyoal dan pelajar mengeluarkan pendapat. Namun
begitu, komunikasi ini tidak mengamalkan dengan rakan sebaya. Jadi, pelajar
akan berasa rimas kerana hanya menfokuskan kepada pembelajaran. Ini kerana
mereka perlu mengamalkan cara pembelajaran seperti menghafal dan mengingati
banyak fakta. Untuk menarik minat pelajar, guru boleh menggunakan cara seperti
memberi ganjaran kepada pelajar
·
Interaksi kumpulan
Interaksi ini
bertujuan untuk menggalakan pelajar untuk menyertai diri secara aktif dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Interaksi ini juga terjadi apabila terdapat
aktiviti berkumpulan seperti pembentangan, perbincangan dan sebaagainya. Kerja berkumpulan
membolehkan pelajar berinteraksi sesame ahli kumpulan dalam sesi perbincangan
dan ini dapat memupuk sikap kerjasama, menghormati dan dapat mengurangkan
masalah pelajar yang takut atau malu untuk menonjolkan diri
·
Interaksi antara kumpulan
Interaksi ini tidak
melibatkan guru dalam kumpulan. Seperti contoh, interaksi antara pelajar
sebelum mengadakan pembentangan. Pelajar akan bertukar idea sesama ahli kumpulan dan juga boleh untuk menukar pandangan dengan kumpulan lain. Contohnya, kumpulan lain
mengemukakan soalan kepada kumpulan yang sedang membentang
·
Interaksi sosial
Sosial bermaksud
segala yang berkait dengan masyarakat dan perihal kemasyarakatan. Di dalam
konteks pembelajaran,ianya lebih berfokuskan kepada aktiviti berkumpulan dan bertujuan
untuk mewujudkan perpaduan serta kerjasama di antara pelajar. Jadi, strategi
pembelajaran koperatif sangat sesuai untuk interaksi ini
Kepentingan
interaksi dalam pembelajaran
· Interaksi dapat mengeratkan hubungan di antara
guru dan murid-murid di dalam bilik darjah. Perhubungan ini adalah syarat
penting bagi menunjukkan bahawa guru tersebut menyampaikan apa yang diajar
dengan berkesan. Selain itu, melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan
untuk mencapai pengajarannya dengan berkesan. Ini kerana pertukaran maklumat
atau idea di antara guru dan murid memerlukan interaksi dua hala.
RUMUSAN
Kesimpulannya,
interaksi yang berkesan akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar
sama ada di dalam kelas mahupun diluar kelas. Melalui interaksi, guru dapat
melaksanakan rancangan pengajarannya dan dapat menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Pertukaran maklumat atau idea antara
guru dan pelajar akan dapat memudahkan usaha menjadikan sebuah pengajaran dan
pembelajaran itu lebih berkesan
No comments:
Post a Comment