Friday, June 14, 2019

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID



Diatas menunjukkan artikal akhbar Berita Harian online bertarikhkan 12 Oktober 2016 yang bertajuk “Kaunseling Bantu Pelajar Kurangkan Tekanan”. Tajuk artikal akhbar Berita Harian ini amat berkaitan dengan tajuk kesepuluh dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Penasihatan Murid

Kaunselor merupakan satu jawatan khas yang telah diwujudkan oleh pihak sekolah bagi sekolah menengah dan ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan imbingan dan kaunseling kepada pelajar yang menghadapi masalah dan memerlukan bimbingan serta perhatian. Perkhidmatan ini merupakan aktiviti yang tersusun dan juga berperanan untuk menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunsling dengan disokong oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

PERANAN

Peranan mestilah berlandaskan pengetahuan tentang bimbingan dan kaunseling agar masalah di sekolah dapat ditangani dan fungsi bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat dihidupkan dengan jaya. Berikut merupakan antara tanggungjawab professional yang perlu digalas oleh soerang kaunselor tang telah digariskan oleh American School Counselor Association (ASCA)

  •      Membantu pelajar untuk memahami lebih lagi tentang dirinya seperti sikap, minat, bakat, kebolehan serta peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri.
  •          Membantu pelajar untuk bertingkahlaku sesuai dengan sikap, minat, bakat, kebolehan serta peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri
  •      Membantu kakitangan sekolah dengan memberi maklumat tambahan serta bantuan rundingan agar dapat membantu untuk lebih memahami tentang pelajar
  •          Membantu ibu bapa untuk lebih memahami dan mengetahui kemajuan perkembangan anaknya serta keperluan-keperluan dan peluang lain sekelilingnya adalah untuk memberi sumbangan kepada perkembangan mereka.
  •       Membuat intepretasi kepada masyarakat tentang betapa pentingnya bertimbangrasa untuk individu dan berikan sumbangan kepada program kaunseling di sekolah.


Bilik bimbingan dan kaunseling

Keberkesanan sesuatu kaunseling itu bergantung dengan keadaan dan tempat kaunseling dijalankan. Ini kerana sesi kaunseling tidak boleh dibuat di merata tempat dalam sekolah seperti di padang, kantin, bawah pondok mahupun bilik guru. Kaunselor mestilah menyediakan satu bilik khas yang sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling agar kaunselor dapat menjalankan tugas sebagai guru bimbingan dengan berkesan. Jika masih tiada bilik khas yang sesuai, kaunselor perlulah berbincang dengan pihak pentadbir agar dapat menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut

 KESIMPULAN

Peranan seorang kaunselor disekolah amatlah besar, memerlukan masa dan kemahiran yang tinggi. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan berkesan jika mendapat sokongan dari pihak sekolah untuk mengemukakan cadangan yang sesuai dengan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah.




No comments:

Post a Comment