Thursday, June 13, 2019

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID



Diatas adalah artikal akhbar yang bertajuk ”Guru Dihargai Mampu Galas Tanggungjawab”. Guru bertanggungjawab dalam menguruskan murid di sekolah dan tajuk artikal akhbar ini amat berkaitan dengan tajuk kelima dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topik Pengurusan Murid.

Pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input organisasi dengan cara mengorganisasi, merancang, mengarah serta mengawal dan ini dilakukan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan agar objektif organisasi tercapai.

Konsep pengurusan murid
  •       Pentadbiran
  •       Perancangan
  •       Pengawalan atau pemulihan
Kaedah terkini dalam mengurus rekod murid
  •      Sistem Maklumat Murid Berkomputer

Kaedah ini telah diperkenalkan pada tahun 2000 dan mengandungi rekod Rancangan Makanan Tambahan, maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian murid dan kemudahan mendaftar untuk murid. Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Maklumat Murid (SMM)

  •     Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Kaedah ini dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru matapelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

     ·          E-pantau

Sistem dilaksanakan bertujuan untuk mematau prestasi pepeperiksaan bulanan di sekolah. Sistem ini dapat mengurangkan bebanan guru-guru dan meudahkan kerja untuk membuat analisis terhadappencapaian murid dalam setiap peperiksaan

  •    Sistem Laporan Adab Belajar

Sistem ini mula dilaksanakan di sekolah bermula Januari 2004. Sistem ini bukan dahaja bertujuan untuk menilai murid dari aspek pencapaian akedemik malah dari aspek perkembangan tingkah laku dan emosi. Penilaian ini akan dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.


Kepentingan mengurus rekod murid di sekolah

  •   Dapat membantu guru dalam menguruskan murid
  •  Menggunakan kekuatan dan kelemahan murid untuk mempertingkatkan kaedah            pengajaran
  •    Dapat menganalisis prestasi pencapaian murid dari semua aspek

Faedah rekod murid

  •      Data dan maklumat disimpan lebih teratur dan sistematik
  •      Memudahkan pihak sekolah untuk mendapatkan data dan membuat analisa
  •      Mudah dicapai melalui internet. Contohnya, ibu bapa boleh mengetahui pencapaian dan perilaku anak mereka di sekolah



No comments:

Post a Comment