Sunday, June 16, 2019

TAJUK 11: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


PENGENALAN

Budaya boleh didefinisikan sebagai ciri-ciri atau tingkahlaku yang telah dipelajari oleh sekelumpok manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya juga merupakan keseluruhan yang kompleks yang terkandung kepercayaan, ilmu pengetahuan,kesenian, moral, adat, undang-undang dan sebarang bentuk keupayaan yang telah diperoleh oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871)

Bagi pelbagai budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu sistem tingkah laku dan kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat,mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya.

Pendidikan pelbagai budaya dikategorikan dari tiga aspek iaitu :

  • Dari aspek konsep

Semua pelajar akan mendapat hak yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa membezakan pelajar dari segi jantina, agama dan kriteria lain.

  • Dari aspek gerakan

Sistem ini merupakan satu usaha mengubah institusi pendidikan untuk meletakkan pelajar dari pebagai kaum, agama mendapat peluang yang sama untuk belajar.

  • Dari aspek proses

Merupakan proses utnuk mencapai objektif agar semua pelajar mendapat hak yang sama dalam pendidikan

Kepentingan memahami kepelbagaian budaya bagi guru:

  • Guru adalah bertanggungjawab untuk pupukkan perpaduan dalam kalangan pelajarnya.

Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang kepelbagaian budaya untuk menerapkan unsur-unsur budaya kepada pelajar. Dengan ini, pelajar akan dapat mengenali lebih mendalam tentang budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai seperti menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam setiap diri pelajar.
  •      Guru akan lebih bersedia untuk menerima pelajar dari pelbagai budaya

Dengan ini, tidak akan aada sifat prejudis terhadap diri murid dan guru akan lebih menghormati nilai sesama proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Ciri- ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya

  •      Guru tidak boleh beratkan sebelah pihak sahaja dan haruslah berfikiran terbuka.
  •     Guru mestilah beranggapan bahawa dengan adanya kepelbagaian budaya ini akan memberi manfaat kepada mereka,


KESIMPULAN

Dengan adanya pengurusan pendidikan pelbagai budaya ini, usaha Malaysia untuk menjadikan Negara yang mempunyai perpaduan kaum dapat dicapai. Semoga Negara akan mempunyai sistem pendidikan yang adil dan saksama dan akan dipandang tinggi oleh pihak antarabangsa.

No comments:

Post a Comment