Dalam banyak-banyak
tajuk dalam blog ini, tajuk ini lah yang paling saya tak sabar nak buat. Sebab
saya sudah lama perhatikan seseorang ini. Namun begitu, sebelum saya memulakan
cerita, eloklah saya mulakan dahulu dengan Cik Izazol Binti Idris selaku pensyarah
KPS2014 Pengurusan Pembelajaran bagi kumpulan N.
Semasa semester 2
bermula, cik Izazol merupakan pensyarah pertama yang kami jumpa, memandangkan
kelasnya pun hari isnin dan subjek sebelumnya ialah subjek fakulti (sebabtu selalu lambat setiap kali kelas). Pada
mulanya agak takut kerana gelarannya sebagai Dr (sebab kebanyakkan pensyarah
yang bergelar Dr ini, garang dan strict dalam pemberian markah). Tetapi apabila
mendengar cerita daripada senior bahawa Cik Izazol baik, jadi walaupun kelas
hari isnin padat sampai pukul 5 dan kelas KPS2014 pukul 5-7, tetap sanggup
sebab nak masuk group ini ! hahaha jadi betullah apa kata senior kerana
sepanjang kelas dari awal semester hingga hujung semester, tiada satu kuliah
pun yang tidak gelak. Cik Izazol juga seorang yang banyak menolong anak
muridnya dalam pelbagai bidang dan cara serta beliau juga selalu berkongsi
pelbagai cerita. Thank you cik !
Berkaitan watak di
dalam kelas pula, secara jujurnya saya tidaklah mengenali individu ini secara personal
atau berpeluang untuk mengenali lebih dekat, apatah lagi mengetahui wataknya
didalam kelas, tetapi saya ingin juga berkongsi cerita ini kerana ini merupakan
pengalaman pertama saya merasainya hahaha
Pada awal semester,
saya melihat senarai nama kehadiran dalam kuliah tersebut dan tertarik kepada satu nama ini iaitu Muhammad
Amirulhaziq. Saya tertarik kepada nama tersebut kerana nama tersebut sama
dengan seseorang yang special hahaha. Saya sudah lama menantikan individu
ini untuk muncul pada setiap kali pembentangan sebab nak tengok siapakah
gerangan si pemilik nama ini.
Tetapi betullah apa yang mereka katakan, “penantian
itu satu penyiksaan”. Minggu demi minggu, kuliah demi kuliah, pembentangan demi
pembentangan, kelas batal berulang-ulang, namun tidak muncul jua gerangan ini.
Saya juga berharap agar Cik Izazol menyebut namanya didalam kelas supaya lebih
memudahkan usaha untuk mencari gerangan ini, namun amatlah mendukacitakan
apabila nama-nama yang sama yang diseru pada setiap kali kuliah. Contohnya, bang bil
??
Akhirnya, berkat
usaha menanam kesabaran telah membuahkan hasil juga apabila sebuah kumpulan membentangkan dan bergilir-gilir memperkenalkan diri setiap ahli kumpulan. Tiba-tiba, “Assalamualaikum, nama
saya Mohammad Amirulhaziq …”, terasa seperti panahan tepat ke dada ... dunia ibarat terhenti seketika ..
AWAK TAHU TAK SAYA
DAH LAMA CARI AWAK TAUU.
Sepanjang pembentangan tersebut, saya asyik
memerhatikannya dan suatu perasaan pelik dapat dirasai. Kenapa saya berdebar ? Apakah
tujuan debaran ini ? jeng jeng jeng …
Saya berharap Cik
Izazol dapat menerima cerita saya tentang seorang watak di dalam kelas,
walaupun saya tidak dapat merungkai lebih banyak wataknya di dalam kelas (sebab
tak jumpa-jumpa dia ni), tapi tetap saya nak bercerita tentangnya heheh
Kepada en Amirulhaziq
dari fakulti dirahsiakan, saya cari awak sebab suka nama awak je hee. Okay tu je
nak cakap hahaha. Semoga kita berjumpa dalam kelas pendidikan yang lain eceh
p/s: Drama kan cerita ni ? hihi thank youu
Kebetulan nama awak sama dengan nama ex saya heheheheh😄😄
ReplyDeleteDR.Izazol binti idris ialah supervisor paper projek saya pula saat ini. Salam dari anak indonesia.
ReplyDelete