PENDAHULUAN
Selain mengajar,
pengurus juga merupakan salah satu peranan bagi seorang guru. Antara tugas
mengurus adalah menguruskan bilik darjah, menguruskan pelajar agar mereka
menjalankan rutin menjaga kebersihan kelas, menguruskan bahan bantuan mengajar
dan sebagainya.
Pengurusan boleh
ditakrifkan sebagai satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari
semua pihak dalam mencapai matlamat sebuah kumpulan (Haji Samsudin). Selain itu,
alam pembelajaran pula ditakrif sebagai suasana atau keadaan belajar yang dapat
merangsang minat belajar untuk mecapai matlamat perubahan tingkah laku kearah
lebih positif (Lee Shok Mee, 1993)
ISI PENTING
Guru perlu menyediakan
persediaan yang rapi sebelum mengajar. Ilmu, kaedah penyampaian, bahan yang
akan digunakan, ruang dan persediaan untuk mengajar adalah merupakan perkara
yang perlu diberi perhatian sebelum masuk kedalam kelas.
Setiap guru perlulah
mempunyai buku rekod mengajar untuk merekod pada setiap kali sebelum
menjalankan aktiviti di dalam kelas. Buku rekod mengajar ini juga turut
digunakan untuk merekod masalah atau kebaikan yang telah terlaksana di dalam
kelas,
Semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran mestilah mempunyai 3 perkara penting iaitu set
induksi, penyampaian isi dan penutup. Bagi set induksi, guru perlu merancang
perlu tahu bagaimana untuk memulakan P&P dengan menarik perhatian dan minat
pelajar. Bagi penyampaian isi pula, guru perlu merancang turutan pengajaran
dengan menyusun dengan baik bersama anggaran masa yang sesuai. Akhir sekali,
penutp boleh dirumuskan sebagai rumusan atau kesimpulan. Guru memberi
kesimpulan untuk apa yang telah dipelajari daripada saat kelas bermula
PENUTUP
Pengurusan
alam pembelajaran meliputi tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas
pengajaran. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh para guru agar minat para
pelajar dapat ditangkap dengan mudah. Seterusnya, segala pemindahan maklumat
dapat dijalankan dengam lancar dan percapaian para pelajar dapat ditingkatkan
No comments:
Post a Comment