Keratan akhbar di atas memaparkan tajuk “14 Pelajar Terima Hadiah Revolusi Nilam” bersesuaian dengan topik Pengurusan Sumber bagi Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Ingat
lagi masa zaman sekolah menengah, belumba dengan kawan-kawan sebab nak menang
Nilam terbanyak hahaha. Sampai tebal buku nilam tersebut kerana menulis
buku-buku yang sudah dibaca. Dan paling seronok apabila nama kena panggil
sebagai pemenang Nilam terbanyak. Bagi saya semangat membaca ini datang dari
pelajar sendiri. Namun begitu, sebagai seorang guru, kita mestilah jadi salah
satu sebagai pemangkin dan memberi dorongan untuk pelajar-pelajar untuk lebih
bersemangat untuk membaca buku.
Program
NILAM adalah merupakan program dibawah aktiviti pusat sumber sekolah. Pusat
sumber sekolah merupakan sebuah tempat yang telah disediakan kemudahan seperti
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diuruskan secara sistematik kepada guru
dan pelajar. Antara objektif pusat sumber sekolah adalah untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dan
bukanlah bergantung kepada buku semata-mata dan memberi latihan serta
pendedahan kepada pelajar dalam kemahiran mencari maklumat dalam proses
pembelajaran
Seperti
yang kita tahu, program NILAM membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca dan
sebenarnya program NILAM ini telahpun dilaksanakan sejak 1999. Program NILAM
ini dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bertujuan untuk
menggalakkan aktiviti membaca di kalangan pelajar. Program ini akan
dilaksanakan bermula dari murid tahun satu bagi sekolah rendah dan tingkatan
satu bagi sekolah menengah. Semua rekod pembacaan pelajar akan diteruskan
sehingga pelajar tamat persekolahan.
Objektif
NILAM ini adalah untuk menaikkan tabiat membaca di kalangan murid dan
menggalakkan mereka untuk membina idea yang kreatif dan inovatif yang diperoleh
dari bahan bacaan. Pelaksaan program NILAM ini akan terlaksana dengan jayanya
jika penglibatan dari guru-guru dan murid-murid diperoleh secara menyeluruh.
Perlaksanaan
program NILAM ini untuk lebih menggalakkan murid untuk membaca lebih banyak
buku dan merekod bahan bacaan. Selain itu, lebih memudahkan guru untuk
mengesahkan dan menyemak rekod bacaan murid. Dengan adanya program ini, sekolah
dapat memberi pengiktirafan sebgai penghargaan kepada murid yang telah banyak
membaca pada setiap bulan.
Tahap Jauhari:
- Semua pelajar di sekolah wajib melibatkan diri
- Bagi pelajar sekolah rendah, aktiviti Tahap Jauhari akan dimulakan dari pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6
- Bagi pelajar sekolah menengah pula, aktiviti
Tahap Jauhari dimulakan dari Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.
- Semua bahan bacaan perlulah direkodkan dan
dihantar kepada guru untuk disahkan sebelum diberi pengiktirafan.
No comments:
Post a Comment