Thursday, June 13, 2019

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Keratin akhbar Sinar Harian bertaikh 27 disember 2017 yang bertajuk Henti Kelas Asing. Tajuk keratin akhbar Sinar Harian ini amat berkaitan dengan esam keenam dalam KPS3014 Pengurusan Pembelajaran bagi topic Pengurusan Bilik Darjah.

Saya pasti sejak kita sendiri dari zaman sekolah rendah lagi telah wujudnya sistem pengasingan kelas yang menjadikan keputusan peperiksaan sebagai penentu kelas pelajar setiap tahun. Namun menjelang tahun 2020 ini, masih relevankah untuk mengasingkan kelas? Cara yang mana satu dapat memberi lebih impak kepada pelajar, sekolah dan Negara ? Adakah dengan mengasingkan kelas atau gabungkan pelajar tanpa mengira pencapaian akedemik ? Apa pula pendapat guru-guru yang sudah biasa dengan sistem ini sejak lebih enam puluh tahun dalam sistem pendidikan sekolah ?

Penukaran ini telah menimbulkan keresahan pada semua guru. Ini kerana bagi mereka susah untuk mengajar kelas yang telah dicampur pelajar yang slow, sederhana dan bijak. Sebagai contoh, ada pelajar yang dapat menyiapkan 5 soalan dalam masa 10 minit manakala ada pelajar yang mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.

Bagi pendapat saya, masih terdapat kebaikan jika kelas dicampur tanpa mengira pencapaian akedemik. Antaranya ialah:

  •          Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar dan dapat mendidik mereka untuk berkawan tanpa mengira kepintaran IQ dan EQ.
  •          Murid yang lebih bijak dapat membantu pelajar lain yang lambat untuk memahami mata pelajaran yang diajar. Mungkin cara mengajar mengikut esame rakan lebih mudah difahami berbanding penerangan guru, namun masih didalam kawalan dan bimbingan guru.
  •         Dapat meningkatkan semangat dan dorongan kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan bersaing secara sihat.

“siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, pasti terpalit wangi padanya. Sesiapa yang berkawan dengan penempa besi, pasti terasa bahangnya”

Bagi pendapat saya, dalam usaha mencapai matlamat ini, ini merupakan cadangan yang boleh dipertimbang untuk memudahkan guru-guru sejajar dengan pelaksaan dasar ini.

  •          Dalam setiap kelas, jumlah murid tidak melebihi 20 orang. Ini dapat membantu guru untuk memberi lebih perhatian kepada murid dan dapat lebih mendekati murid yang mempunyai masalah untuk memahami apa yang diajar.
  •       Wujudkan pembantu guru untuk setiap mata pelajaran. Pembantu guru ini dapat bekerjasama dalam menyediakan alat bantu mengajar yang dapat lebih membantu murid dalam memahami mata pelajaran.

Namun begitu, masih terdapat golongan pelajar yang perlu diasingkan iaitu wujudkan satu kelas khas dimana untuk ditempatkan pelajar yang dalam kategori pemulihan dan LINUS tegar. LINUS membawa maksud Literasi dan Numerasi. Dimana pelajar yang tersebut merupakan murid berkeperluan khas, autism dan sebagainya, yang ibu bapa mereka tidak mengakui malah menghantar pelajar tersebut ke kelas aliran perdana. Jadi, pelajar ini akan dapat perhatian penuh, malah diberi peluang untuk turut bersama menuntut ilmu pengetahuan seperti pelajar normal yang lain. 

No comments:

Post a Comment